29 September 2011

Malangnya Rakyat Bawahan

Lebaran telah berlalu. Meriah sungguh suasana di kampong halaman. (sedih pula tak dapat beraya dengan keluarga tahun ini. Nasib perantau )

Saya sangat terkilan apabila lebaran tiba, seringkali terjadi kemalangan. Ya, memang kita tidak boleh salahkan takdir tetapi kita boleh berusaha mengelakkan (baca: mengurangkan) kemalangan. KERAJAAN sering kali menyatakan rasa sedih berkenaan isu ini dan dari statistic kita dapat tahu bahawa kebanyakan kes melibatkan motorsikal.

Pada saya kerajaan boleh lakukan sesuatu yang mana ia pada hemat saya sangat membantu menyelesaikan masalah ini. Harga kereta perlu dikurangkan!!! Jadi rakyat akan mampu membeli kereta. Kurang motorsikal, Kurang risiko kemalangan, Kurang potensi maut di jalan raya. Di Amerika misalnya (saya kini di Amerika), harga sebuah kereta sangat murah jika dibandingkan dengan Malaysia. Berdasarkan pendapatan saya di Malaysia, saya mampu untuk membeli Mercedes Benz C300 Luxury Sedan (RM115 290.00). Di Malaysia harganya sekitar RM320 000.00. (2.776 kali ganda mahal!!!) Sistem keselamatan Mercedes Benz ini jauh lebih baik dari Proton. Terdapat pelbagai lagi kenderaan yang murah yang ada dipasaran luar Negara yang dapat dibawa masuk.

Ini membuktikan kerajaan tidak komited dalam isu kemalangan jalan raya pada masa puncak!! Memang akan ada yang tidak berpuas hati dengan kenyataan saya tetapi bagi pihak rakyat, Kerajaan yang PRIHATIN perlu membantu rakyat. BUKAN MEMERAH rakyat! Pada saya rakyat Malaysia sedang diperah sekuat-kuatnya
KITA TUKAR!!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan