21 Mac 2011

Tips mencari pekerjaan

Lama betul saya tidak menulis. Keadaan yang sibuk dengan kerjaya baru mengurangkan masa untuk ber'blog.
Saya terpanggil untuk menyentuh perkara ini kerana ramai diantara sahabat yang bakal mencari kerjaya tidak lama lagi dan saya juga dijemput ke UTM untuk berkongsi pengalaman bersama sahabat SPE.

Pointer sangat penting untuk layakkan kita mohon kerja tapi tidak mempunyai advantage besar semasa interview.

Entry Exam - kebanyakan syarikat besar akan ada proses ini, anda perlu bersedia untuknya. Apa yang akan ditanya?bukan hanya apa yang anda belajar tapi berkenaan bidang-bidang kejuruteraan lain sekali. Ini menunjukkan anda adalah bakal jurutera yang bersiap sedia untuk melaksanakan sebarang tugasan. Perbanyakkan juga latihan menjawab soalan IQ.

Interview - saat yang paling penting dalam proses mendapatkan kerja. Anda ada sejam untuk membuatkan majikan merasakan anda layak mengisi jawatan yang ada. Anda perlu sentiasa positif dan jujur. Bagi yang ingin menjadi jurutera, basic engineering dan teknikal perlu kuat dan ingat,bukan jurusan anda sahaja tapi bersama cabang besar yang lain. Kemahiran aplikasi pengetahuan ini adalah perkara yang amat penting. Ingat, anda perlu buat kajian mengenai syarikat dan tunjukkan minat anda untuk bekerja.

Berdoa - walau apa pun yang kita buat, kita perlu sentiasa iringi dengan doa. Kita mampu merancang tetapi perancanganNya adalah perancangan yang agung. Minta juga pada ibu&bapak kita untuk doakan kita.

InsyaAllah kita akan peroleh rezeki setelah berusaha. Selamat mencuba!

Sekian, wassalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan