
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, pada tahun ini kita masih diberikan kesihatan yang baik dalam mengharungi kehidupan sebagai mahasiswa UTM. Pelbagai onak duri telah kita redah dan tidak lama lagi sesi pemilihan pemimpin mahasiswa bakal dilaksanakan. Saya berharap kita semua dapat memilih barisan mahasiswa yang tepat bagi membawa kebaikan kepada seluruh masyarakat kampus khasnya dan masyarakat luar amnya.
Semasa Minggu Haluan Siswa yang lepas, telah dilancarkan kempen Memperkasa Minda Mahasiswa. Walaubagaimanapun, memang jelas kelihatan bahawa kempen itu kurang berjaya kerana kurangnya penekanan dan untuk makluman, perubahan sikap sangat sukar untuk dilaksanakan melainkan melalui paksaan. Walaupun pada permulaannya ia akan mendapat tentangan yang hebat tetapi lama kelamaan ia akan menjadi budaya.
Kesedaran mahasiswa mengenai tahap kesihatan sangat penting. Kita perlu mengambil langkah sendiri dalam menjaga kesihatan diri dan keluarga. Mungkin kini ramai diantara kita mengeluh dengan penggunaan bekas makanan baru di kafe dan arked. Mereka kini sudah mula menggantikan penggunaan bekas makanan polistrin kepada kertas dan plastik. Penggunaan bekas makanan polistrin akan memberi kesan yang buruk terhadap sistem kesihatan tubuh badan serta alam sekitar. Ianya akan menyebabkan berlakunya kanser dan membebaskan gas beracun apabila dibakar. Kita juga sedar bahawa penggunaan bekas plastik akan merosakkan alam sekitar dan saya berharap pada masa akan datang, kita bakal menggunakan bekas makanan yang mesra alam. Sekarang memang terdapat dipasaran tetapi harganya masih tinggi. Tahap penerimaan masyarakat kepada penggunan bahan ini adalah berkadar songsang dengan harganya.
Sekian, Wassalam
4 ulasan:
salam..alhamdulillah, makcik2 kafe memainkan peranan penting dengan tidak mengeluarkan polisterin di arked-arked tertentu..tetapi masih ada juga arked yang menggunakan polisterin untuk membungkus mknan..
betul 2..seperti y dikatakan,untuk melakukan perubahan ianya pasti memperoleh tindak balas bertentangan..tapi saya percaya bahawa arked tersebut mahu menghabiskan stock bekas makanannya sahaja..selepas itu ia akan gantikan dengan bahan bukan polisterin
- hasil tinjauan dan soal selidik saya ke beberapa arked.
bagus2..kalaulah pekedai2 yang menjual rokok gunakan aplikasi yang sama juga, berhenti menjual rokok supaya rakyat tak dapat beli rokok lagi..menaikkan harga rokok x memberikan kesan sangat kepada perokok sebenarnya..
bagus sgtttttttttttttttttttttttttttttttttt
Catat Ulasan