Pelbagai komen diperoleh dari peniaga dan mahasiswa mengenai penggunaan bekas makanan yang baru ini. Ada peniaga yang mengenakan bayaran bagi bekas makanan dan pastinya ada yang tidak. Bekas makanan yang agak berkualiti dijual dengan harga RM0.50 (bekas plastik). Sekiranya kita membungkus makanan setiap masa selama seminggu, maka kita perlu keluarkan RM7.00. Ia merupakan satu amaun yang besar bagi kita yang tidak berpendapatan. Walaubagaimanapun, kita faham bahawa sememangnya kos bekas telah meningkat kerana perbezaan harga antara bekas plastik dan bekas polisterin sangat besar dipasaran.
Masalah ini tidak boleh dipandang besar kerana terdapat opsyen mudah dalam perkara ini iaitu:
- Bawa bekas sendiri - Kita hanya perlu keluarkan modal sebanyak RM20.00 bagi mendapatkan bekas makanan terbaik untuk kita. harus diingat bahawa kita sebenarnya telah melakukan penjimatan yang besar dari segi kos bekas dan alam sekitar. Usaha kita dalam melaksanakan perubahan ini juga dapat menyumbang kearah persekitaran yang sihat.
- Makan di tempat itu - Sudah pasti ini adalah jalan terbaik.
- Gunakan bekas makanan organik - kini sudah ada bekas makanan yang diperbuat dengan bahan semula jadi seperti batang kelapa sawit dan kayu yang lain. UTM kini dalam proses kajian menggunakan jerami padi. Tetapi kos untuk menyediakannya adalah RM0.20. Sekiranya jumlah ini dikumpul-kumpul saban hari, sudah pasti akan melebihi RM20.00.
Anda adalah orang yang hebat. Pilihan ditangan anda. Fikir-fikirkan....Harap dapat idea yang lebih baik dari pengunjung-pengunjung sekalian.
Sekian, Wassalam
2 ulasan:
salam, berkaitan dgn isu bks mknan ni...
bgs, mmg bgs...
tp kenapa smpai 50 sen di?
di UIA, hya 20 sen dikenakan byrn ke atas bks mknan plastik....
dan sy tgk x semua kafe lg yg jlnkn prbhn ini. adkh mngikut prngkat?
sebenarnya apakah kita sudah bersedia menghadap keadaan ini? pernahkan saudara membuat survey atau paling tidak pun bertanya kepada rakan2 kenapa mereka mahu membungkus makanan dari makan di kafe? jawapan mudah 1- mereka tiada teman makan bersama (FYI kebanyakan kafe menyediakan 4 kerusi 1 meja bukankah pelik menggunakan 1 meja keseluruhan tetapi cuma makan seorang?) 2- mungkin kesuntukan masa dan pelbagai lagi seperti keadaan kafe yang banyak lalat dan kerusi yang sudah uzur, persekitaran yang merimaskan.
Saudara hanya memikirkan kesan yang baik tetapi tiada usaha dalam menyediakan mahasiswa kearah itu. sama seperti kebanyakan orang atasan kita; cakap dulu kemudian baru fikir.
Catat Ulasan