28 Disember 2009

Global Warming

Salam,

Perkara ini hangat diperkatakan diperingkat antarabangsa dan menjadi perbalahan antara negara maju dan negara-negara membangun dalam konteks 'low carbon emission', lebih tepat lagi ekonomi rendah karbon. Malaysia bakal terjejas dengan terpakainya sistem ini dimana ekonomi negara kita kini agak bergantung pada indusrti dagangan yang mana ia melibatkan import dan eksoprt.

Apabila berlakunya proses pengangkutan secara massa dan jarak yang agak jauh, sudah pastinya sistem jaringan pengangkutan itu menghasilkan banyak karbon hasil dari pembakaran bahan bakar enjin. Jadi, ini adalah perkara yang menjadi persoalan negara-negara maju yang banyak mengimport barangan Malaysia. Bagaimanakah sekiranya mereka menghentikan pengambilan hasil eksport dari negara kita? Sudah pasti banyak kilang-kilang yang pendapatan utamanya hasil dari eksport ke negara-negara maju bakal terjejas. Ladang-ladang sawit, ladang-ladang getah yang juga merupakan komoditi utama yang dieksport keluar nagara bakal turut terjejas.

Harus diingat, sekiranya ini berlaku, bukan hanya pemilik syarikat yang bakal mendapat kerugian tetapi para pekerja, buruh-buruh, operator, jurutera, pekebun kecil, peneroka felda dan semua yang berkaitan akan turut terjejas. Secara tidak langsung, krisis ekonomi kali kedua dalam tempoh tidak sampai 5 tahun bakal berlaku. Kesannya pastinya dirasai oleh kita semua.

Saya sangat bersetuju sekiranya kita bersama-sama memelihara iklim dan suhu dunia. Penggunaan sistem ekonomi ini adalah sangat baik sekiranya kita bijak mengurusnya. Para jurutera dan profesor marin dan mekanikal perlulah memikirkan cara menghasilkan kapal yang rendah pengeluaran karbonnya. Mungkin dengan penggunaan tenaga solar dan angin dapat membantu. Tetapi sudah pasti ia bakal mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan teknologi ini.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita harus mengorak langkah menyahut seruan menyelamatkan Bumi ini dari terus dibinasakan. Tetapi bagaimana? Ianya sangat mudah. Terdapat TIGA cara mudah:


Pertama
Dari setiap pendapatan kita, kita perlu membahagikannya untuk memulihara alam ini dengan menanam pokok. Ya, POKOK! Ia dapat menyerap karbon dioksida CO2 dan menghasilkan oksigen, O2. Ini dinamakan OFFSET. Maka, pendapatan kita tadi dapat dikatakan 'Pendapatan Hijau'.

Syarikat-syarikat yang terlibat dalam pengangkutan barang dagangan adalah sangat perlu melaksanakan perkara ini. Tidak terkecuali bagi seluruh syarikat yang membuat sebarang keuntungan.

Kedua
Tingkatkan penggunaan bahan yang mesra alam. Sebagai contoh, bawa beg kanvas untuk membeli-belah dipasaraya, pilih bahan permakanan organik, kurangkan penggunaan bahan polistrin dalam kehidupan dan sebagainya. Kini teknologi Hijau sudah semakin mendapat tampat pasaran tetapi pengguna perlu sedar akan kepentingannya.

Ketiga
Penggunaan kenderaan yang lastari. Fikir dahulu sebelum memandu. Adakah ianya berbaloi untuk Anda menghasilkan 'pencemaran' untuk mendapatkan sesuatu yang Anda hajati? Anda juga boleh manggunakan kenderaan awam dan perkongsian kenderaan ataupun perjalanan bebas pencemaran seperti berjalan kaki dan berbasikal.

TIGA langkah mudah yang perlu diambil perhatian. Ianya bukan hanya tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia tetapi seluruh umat manusia disegenap pelosok dunia perlu melaksanakan perkara ini demi kelangsungan sejagat.

Mahasiswa?Banyak peranan yang boleh dimainkan oleh Anda. Anda perlulah dapat mengadaptasikan diri dengan proses Evolusi Pemikiran dan Evolusi Tindakan. Pemanasan Global adalah isu peringkat antarabangsa. Bertindak segera agar kita dapat membantu mengurangkan kesan pemanasan global dan mengelakkan kejatuhan ekonomi Malaysia dalam masa terdekat. Ayuh Mahasiswa! Bangkit Mahasiswa!! Maju Mahasiswa!!!

Sekian, Wassalam

Bahang

Salam,

Pagi td sy dikejutkan dengan flyers yang diedarkan kepada mahasiswa. Ianya bukan flyers biasa tetapi ianya merupakan ucapan sy kononnya. Sy amat mengharapkan mahasiswa dapat bertindak lebih baik dari perkara ini. Mahasiswa perlu menjadi model kepada masyarakat luar sana.

Tindakan matang dari mahasiswa sangat diharapkan. Janganlah terikut-ikut budaya luar yang suka menyebarkan pelbagai berita yang belum jelas kesahihannya. Malang sekali apabila mengetahui yang ada golongan tertentu y sanggup menerbit, mencetak, memotong dan mengedarkan flyers yang kononnya merupakan perutusan dari sy. Rasa sangat sedih dan terkilan kerana adanya golongan seperti ini didalam kampus ini. Lebih sedih lg apabila mahasiswa diperalatkan untuk mengedarkan risalah ini kepada sahabat-sahabatnya.

Ayuh Mahasiswa!!!Buktikan anda bukan hanya pelajar biasa, anda adalah Mahasiswa sejati!!!Bertindak atas dasar fakta dan saluran yang betul.

Sekian, Wassalam

07 November 2009

Bola Bola BoLA!!!! (malu)

Tahniah buat pasukan Negeri Sembilan yang menang Piala Malaysia semalam. Tidak lupa juga tahniah buat pasukan Kelantan yang tetap berusaha sehingga ke saat terakhir untuk menyumbatkan bole ke gawang lawan. Semangat kesukanan yang tinggi yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan untuk merabut piala yang diidamkan oleh pasukan masing-masing. Terdapat juga insiden pemain mengasari pemain dan ianya perlulah dipandang serius oleh pengurus pasukan dan pemain demi menaikkan imej bola sepak negara.

Permainan perlulah dihindarkan dari emosi (nafsu amarah). Apa yang dapat diperhatikan apabila gol terakhir yang dilakukan oleh pasukan Negeri Sembilan? Sangat malu rasanya apabila melihat penyokong-penyokong Kelantan mula meninggalkan stadium. Belum cukup dengan itu, mereka mencabut kain rentang sokongan buat pasukan mereka. Tidak cukup lagi, mereka bakar kerusi stadium. Apakah ini perangai yang harus ditunjukkan kepada dunia?

Saya sangat berterima kasih kepada yang memadamkan api tetapi sekali lagi terkilan apabila orang yang memadamkan api itu dibaling dengan botol tepat ke kepalanya. Inikah sikap penyokong Kelantan?Malu!!!Ingatlah bahawa kita ini adalah rakyat Malaysia, penuh dengan kesopanan dan adap. Boleh dikatakan sikap segelintir penyokong adalah kurang ajar. Saya percaya bahawa kepimpinan Kelantan sangat malu dengan aksi penyokong meraka dan diharap buatlah sesuatu demi mengubah adab warga "serambi Mekah".

Semangat penyokong adalah ibarat semangat patriotik. Saya sangat takut sekiranya kita berperang dan kita gagal sedikit, habis rakyat lari.**

Sekian, Wassalam

17 Oktober 2009

Berakhirnya Semester

Masa yang dinanti-nanti telah tiba. Berakhirnya sebuah semester. Tetapi AWAS!!! Final exam menanti!!! Saya terperasan suatu perkara semasa majlis sambutan hari raya mahasiswa. apabila dikatakan bahawa masing-masing bakal bertemu dengan test, projek, PSM, seminar, dan final exam, semuanya mengeluh. Sudah pasti diakhir semester merupakan masa yang paling menyibukkan mahasiswa. Dengan pelbagai keputusan yang diperoleh dari "carry mark", ada yang kecewa dan ada yang gembira. bagi yang kecewa, usahlah bersedih.

Allah tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. Dia akan mendapat pahala daripada kebajikan yang dikerjakannya dan dia akan mendapat siksa daripada kejahatan yang dilakukannya.

Al Baqarah: 286

Setiap ujian yang diberikan oleh-Nya adalah masih dalam kemampuan teman-teman. Janganlah berasa kecewa dan pasrah malah berusahalah dengan lebih gigih. Menuntut ilmu merupakan 1 ibadah jika dengan niat yang betul.


Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam syurga dan kenikmatan.

Ath Thur: 17

Beribadahlah teman-teman agar kita berada dikalangan orang-orang yang bertakwa, insyaAllah.

Bersama-sama kita doakan kejayaan kita bersama.

sekian, Wassalam

16 Oktober 2009

Antara Dua Raya

Selamat Hari Raya buat semua teman-teman..lama sudah sy x msuk blog ni..maklumlah, musim-musim raya + hujung sem ini..masing-masing pun sangat sibukkan

disini juga saya ingin ucapkan Selamat Hari Deepavali buat teman-teman yang meraikannya

02 September 2009

Projek Usahawan Kawan-kawan




Salam & Selamat Menyambut Ramadhan

Telah hampir separuh bulan mulia ini kita tempuhi
Tak lama lagi dah tiba Syawal yang dinanti
Datanglah ke gerai kami
Pelbagai kuih raya yang menanti

Kepada sesiapa yang ingin tempah pn blh jugak..Juz call/msg no ni 0137318107 (shah)
Dapatkan sementara stok masih ada ya=)

31 Ogos 2009

Pendidikan tinggi, Malaysia di depan



PUTRAJAYA 31 Ogos - Malaysia adalah negara membangun paling berjaya memberi peluang kepada rakyatnya memperoleh pendidikan tinggi yang meliputi 39 peratus kohort pelajar berusia antara 17 hingga 23 tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pada masa sama pelajar tempatan turut menikmati pendidikan berkualiti dengan kos paling minimum hanya lima peratus.

Kata beliau, apa yang diingini kerajaan ketika ini adalah mahu memastikan universiti-universiti terus membangun bukan sahaja dari segi prasarana malah lebih utama lagi modal intelektual pelajar.

''Kita inginkan peratus ini (39 peratus) terus meningkat dari segi bilangan dan kualiti pelajar yang mendapat pendidikan tinggi.

''Demikian juga mana ada negara yang dapat buat dasar mengenakan kos pentadbiran universiti hanya lima peratus secara purata yang dibiayai oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

''Oleh itu, marilah kita (pelajar) membina negara berasaskan konsep 1Malaysia di mana kita mencapai satu impian, satu bangsa dan satu negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama Naib-naib Canselor dan pelajar dari 18 buah universiti di seluruh negara di Sri Satria di sini malam ini.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dalam hubungan ini, Najib mengingatkan pelajar agar jangan semata-mata berada di menara gading kerana mengikuti pengajian tetapi yang lebih bermakna adalah membentuk karektor diri secara dalaman.

''Ini semua kerana kita mempunyai jiwa yang suci dan idealisme perjuangan untuk memajukan negara.

''Inilah tarbiah pendidikan yang paling bermakna khususnya kepada pelakunya (pelajar) untuk mengemudikan negara kelak.

''Dan dari segi kerajaan, kita akan terus membantu untuk meningkatkan pendidikan rendah, tinggi dan universiti," katanya.

Perdana Menteri turut menarik perhatian pelajar bahawa kejayaan rakyat tidak bermakna negara akan terus terjamin dalam menguruskan kejayaan tersebut.

''Terlalu banyak contoh negara yang berjaya tetapi kemudian hancur lebur kerana gagal menguruskan kejayaan.

''Marilah kita renung perkara ini supaya latihan jasmani kita dapat menyucikan jiwa dan seterusnya membentuk pemikiran yang cergas. Ini semua merupakan ramuan untuk menjamin kemerdekaan negara terus dipertahankan dan seterusnya kita akan menjadi saf hadapan negara membangun," katanya.

Pada majlis itu, Najib dan Rosmah masing-masing menyampaikan sumbangan berupa sejadah dan buku mengenai kepimpinan kepada 18 wakil pelajar universiti dan duit raya kepada 50 anak-anak yatim dari Pusat Nur Hikmah, Kajang.

Berdasarkan sambutan kehadiran pelajar universiti ke majlis berbuka puasa itu, Perdana Menteri turut bersetuju supaya ia dijadikan acara tahunan setiap Ramadan.